Rabu, 13 Ogos 2014

SPAGHETTI CABONARA CENDAWAN ALA BUJANG

Assalamualaikum kepada blog ku yang dah lama tidak ku tatap dikau... amboi bermadah puitis la pulak... hahaha... ala.. maklumlah bila dah lama tak menulis terasa macam banyak benda nak cerita... huhuhu...

Hari ni dah masuk 7 minggu satu hari saya menjalani Latihan Industri di sebuah syarikat kecil di Sitiawan, Perak... Syarikat Consultant , perunding Aziz nama dia... Hidup aku yang jauh daripada ibu bapa yang tercinta amat membuatkan aku terasa rindu hendak makan masakkan ibu... hahaha... Maklum la bila dah terbiasa duduk sebumbung dengan keluarga perasaan rindu nak makan masakkan ibu tu makin membuak... Tapi bila dah hidup membujang ni kena la berdikari sikit...hohoho... First time dapat elaun terus saya beli barang dapur... harap-harap dapat la bertahan dalam tempoh 2 minggu ni. Kena bijak baget duit dah sekarang ni... kalau tak kebulur la aku hujung bulan duit tak cukup kalau nak harapkan makan nasi kedai je... hahaha

Saya sebagai selaku, anak bujang perantauan sememangnya amat minat memasak... haaa sebab itu la saya berbesar hati nak kongsikan kepada anda cara nak masak spaghetti ala bujang, ringkas tapi sedap you alls. 

Begini resepi nye...

SPAGHETTI ALA BUJANG (CABONARA PREGO)

BAHAN-BAHANNYA :

3 SUDU BESAR MINYAK MASAK                                                                                                     (Kalau nak sihat pakai la minyak zaiton. tapi kalau nak jimat minyak sawit pun sedap)
1/2 BAWANG BESAR (Dipotong dadu )
3 ULAS BAWANG PUTIH (dipotong dadu)
1 BIJI TELUR
1/2 SUDU LADA HITAM                                                                                                                         ( Telah dikisar / nak traditional tumbuk kalau nak senang beli je kat kedai jenama aji-shio )
3 BIJI CILI PADI                                                                                                                                     (Kalau nak lebih kaw letak la banyak sikit, kalau saya tekak orang kampung kalau tak pedas tak oummm la)
2 KETUL SOSEJ (Dihiris secara bulat kalau suka makan banyak daging tambah la banyak sikit)
1 TIN PREGO PERISA (CABONARA CENDAWAN)
40 LIDI SPAGHETTI ( UNTUK SEORANG MAKAN)

BAHAN PENAMBAH RASA :

2 CAMCA KECIL GULA
1/2 CAMCA KECIL GARAM


CARA-CARA MEMASAK :

1. Mula-mula, panaskan dulu kuali dan tuangkan minyak sebanyak 3 sudu besar minyak masak.
2. Pastikan anda masukkan dulu bawang besar... masak sehingga naik bau. Kacau dalam seminit
3. Baru anda boleh masukkan bawang putih dan cili padi. kenapa kita masukkan bawang putih dan cili padi ni kemudian adalah untuk mengelakkan daripada hangus dengan cepat.
4. Masukkan hirisan daging sosej ke dalam kuali berserta  1/2 sudu serbuk lada hitam.
5. Kacau-kacau untuk mengelakkan bahan daripada berkerak.
6. Pecahkan telur ke dalam mangkuk yang berasingan untuk mengelakkan telur yang anda pecahkan itu bukanlah telur temelang... hahaha ... dah banyak kali dak kena macam tu masa nak masak nasi goreng...       konon nak cepat, penyudahnya tak boleh nak makan... hahaha... AWAS... pastikan pisang tak berbuah       dua kali.
7. Fungsi telur ini tadi adalah untuk memekatkan lagi kuah cabonara tersebut... barulah sedap...hohoho...
8. Sambil mrnunggu telur separuh masak terus tuangkan sos cabonara prego kedalam kuali. Untuk peringatan semua sos cabonara prego ini sememangnya amat pekat dan kalau terus-menerus memasak         tanpa ditunagkan air...habis la berkerak-kerak dekat punggung kuali tu.... jadi untuk menggelakkan               perkara ini berlaku tuangkan air masak 1/2 saiz tin prego, tak payanh susah-susah nak sukat pakai cawan     penyukat... lambat sangat... gunakan semula tin prego untuk diisikan air, sambil-sambil tu kacau la sekali       saki-baki sos cabonara prego dekat dalam tu... baru la tak membazir namanye....hehehe
9. Kacau sampai naik bau... bila dah mengelegak sahaja... itu tandanya sos spaghetti anda sudah hanpir masak... walau bagaimana pun, perkara ini terpulang kepada anda.... kalau nak lebih pekat masak lama         sikit...
10. Tutup api dapur, maka kuah telah tersedia....hahaha mudahkan.
11. Sos cabonara ini anda boleh tuangkan ke atas spaghetti yang telah siap direbus (cara-cara nak rebus  spaghetti juga akan saya nyatakan di bawah).


CARA-CARA NAK MEREBUS SPAGHETTI

1. Masukkan air di dalam periuk yang lebar pada paras separuh daripada periuk
2. Masukkan 2 camca kecil garam
3. 40 lidi spaghetti rebus sampai lembut.
4. Selepas siap rebus dalam lingkungan masa 15 ke 20 minit dah boleh angkat dan ditapiskan di dalam sinki.
5. Masa tengah spaghetti tu panas-panas terus tuangkan 2 sudu minyak zaiton kalau boleh, kalau tak ade  makan macam tu pun sodap dah... fungsi minyak zaiton adalah untuk mengelakkan spaghetti kita daripada kering dan melekat antara satu sama lain masa nak makan nanti....


sekian selamat mencuba.... #Saf Wanx